Tips

Ubahsuai Pengawal PS4 Anda Dengan Clicksticks

Diolah oleh hang92

Selain daripada permainan video, pengguna di Malaysia juga gemar membeli aksesori konsol lain seperti pengawal khas, getah untuk kayu analog, tapak untuk konsol dan apa sahaja yang dapat membuatkan cara permainan semakin mudah dan nampak kemas aturannya.

Untuk minggu ini, The Controller People telah mengeluarkan satu video tutorial baru pengawal PS4 iaitu “ClickStick”. Walaupun rupa pengawal ClickSticks ini seperti pengawal biasa PS4 kita, tetapi The Controller People telah mengeluarkan dua jenis ClickSticks, iaitu “Trigger” dan “Stud”.

Image result for clicksticks ps4

Paling menarik sekali, anda tidak perlu membeli pengawal yang baru daripada mereka, anda hanya perlu menggunakan pengawal PS4 yang sedia ada dan dengan membuat sedikit pengubahsuaian anda akan menambah 2 lebih kayu analog di belakang pengawal anda.

Sila lihat video tutorial seperti yang di bawah ini;

Dengan harga bermula daripada £25.00 (~ RM137.00), apa yang anda perlu buat anda hanya perlu menghantar pengawal anda menggunakan pos dan mereka sedia melakukan apa sahaja ciri pengubahsuaian terhadap pengawal anda.

Selain daripada menambah pengawal anda dengan lebihan kayu analog, mereka juga sedia mengubah warna pengawal anda kepada warna dan ciri yang anda ingin seperti warna emas, perak malah corak batik sekalipun.

Untuk maklumat lanjut mengenai katalog dan pembelian, anda boleh layari laman web The Controller People.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.