Berita

Ubisoft Berjanji Akan Melancarkan Lebih Banyak Permainan Bagi Nintendo Switch

Diolah oleh Konsol

Daripada banyak-banyak pengeluar permainan video, nampaknya hanya pihak Ubisoft sahaja yang dilihat begitu serius didalam membangunkan permainan bagi konsol hibrid terkenal Nintendo Switch.

Ini mungkin kerana pihak Ubisoft amat yakin dengan potensi pasaran bagi konsol hibrid paling popular didunia ketika ini.

Baru-baru ini pihak Ubisoft dengan secara terbuka telah mengumumkan dimana mereka sedang giat membangunkan permainan terbaru bagi Nintendo Switch.

Pihak Ubisoft telah memberitahu kepada wartawan pada acara prestasi kewangan syarikat dengan berkata:

“Kami amat yakin dengan pasaran permainan video bagi konsol Nintendo Switch. Lihat sahaja bagi pasaran Jepun, Nintendo Switch adalah konsol paling laris dijual disana setakat ini. Jika kami dapat menguasai sebahagian pasaran bagi konsol hibrid ini, ia pasti suatu rancangan yang amat menguntungkan bagi jangka masa panjang”

Antara permainan video yang paling hampir dilancarkan oleh pihak Ubisoft pada konsol Nintendo Switch ialah permainan Mario+Rabbids Kingdom Battle.

Permainan Mario+Rabbids Kingdom Battle ini bakal menjadi permainan eksklusif bagi konsol Nintendo Switch dan akan dilancarkan pada 29 Julai 2017 ini.

Jadi pada pemilik-pemilik Nintendo Switch, diharapkan anda semua dapat membeli permainan eksklusif dari pihak Ubisoft ini.

Selepas anda telah memainkannya, bolehlah anda semua beri ulasan sedikit tentang permainan keluaran Ubisoft pada Nintendo Switch. Adakah permainan keluaran mereka menarik untuk dimainkan atau sekadar gimik pemasaran sahaja? Sama-sama kita nantikan.

Jom kita sembang mengenai pendapat dan pandangan anda tentang berita ini? Sila tuliskannya diruangan komen.

Pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 🙂

Sumber: GamingBolt

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia