Berita

Ubisoft: Ghost Recon Wildlands Kekal Permainan Jualan Terbaik Sejak Permulaan 2017

tom-clancys-ghost-recon-wildlands
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Menurut Ubisoft, Ghost Recon Wildlands kekal permainan paling laris tahun 2017 setakat ini di seluruh dunia.

Itulah yang dinyatakan oleh penerbit dalam laporan pendapatan kewangan terakhirnya untuk suku tahun pertama 2017-2018. Menurut Ubisoft lagi, keseluruhan portfolionya menyumbang kepada momentum yang sangat baik tetapi Ghost Recon Wildlands masih merupakan permainan paling mendapat sambutan sejak awal 2017.

Penjualannya yang termasuk dengan pembelian digital dan fizikal antara Januari 2017 dan Jun 2017 untuk PC dan konsol di Amerika Utara , Eropah, Jepun, dan Australia.

“Dilancarkan oleh segmen digital – yang menyaksikan peningkatan mendadak dalam pelaburan pemain, jualan kami untuk suku pertama 2017-18 melepasi sasaran kami dengan lebih awal yang kami jangkakan, sehingga 45%. Walaupun pada hakikatnya tidak terdapat tajuk baru yang besar dalam tempoh itu”,Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Yves Guillemot, berkata.

Ghost Recon Wildlands telah dilancarkan untuk PC, Xbox One dan PlayStation 4 pada bulan Mac tahun ini. Perkembangan kedua permainan, Fallen Ghosts pula, dikeluarkan pada bulan Mei tahun ini.

Sumber: wcftech

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.