Berita

Ubisoft Mengharamkan Pemain Yang Menipu Dalam For Honor

Ubisoft telah mula bertindak tegas terhadap pemain yang menipu dalam permainan For Honor. Syarikat itu berkata bahawa mereka telah mengharamkan sekitar 1,500 orang untuk “AFK farming.

AFK farming melibatkan penipuan watak anda untuk menyelesaikan permainan, walaupun anda sebenarnya tidak bermain, hal ini dilakukan untuk mendapatkan ganjaran pada akhir permainan.

Sebagai contoh, pemain telah mengikat tali getah di analog stick supaya watak mereka dalam permainan sentiasa bergerak. Hal ini boleh menipu sistem permainan menunjukkan bahawa mereka sedang bermain.

AFK farming sebenarnya tidak dibenarkan oleh Ubisoft. Akibatnya, kira-kira 1,500 orang telah menerima pengharaman selama tiga hari, dan 4000 pemain lain telah dikesan menggunakan kaedah ini dan mereka akan menerima amaran daripada Ubisoft.

For Honor bukan satu-satunya permainan yang mengharamkan pemain yang menipu. Pengarah Overwatch, Jeff Kaplan baru-baru ini telah bersuara untuk berkeras terhadap pemain yang menipu ini. “Menyalahgunakan dan mengeksploitasi permainan atau mana-mana mod permainan lain untuk mendapatkan XP dalam Overwatch semasa tidak aktif adalah tidak ok”

Bagi sesiapa yang berminat untuk bermain, For Honor telah dilancarkan pada 14 Februari lepas dan telah penerimaan yang positif di kalangan pemain.

sumber : gamespot

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.