Berita

Ubisoft Menjangkakan Penjualan Assassin’s Creed Origins Tidak Akan Melebihi Unity

assassins-creed-origins
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Ubisoft telah membentangkan laporan hasil kewangannya untuk suku pertama tahun 2017 dan umum mengetahui tentang perancangan Ubisoft untuk menghasilkan lebih banyak tajuk untuk Nintendo Switch dan Ghost Recon: Wildlands adalah kejayaan terbesar Ubisoft untuk tahun ini.

Sebahagian daripada laporan kewangan terbarunya, Ubisoft mendedahkan bahawa jangkaan jualan untuk Assassin’s Creed Origins adalah positif tetapi pada masa yang sama, mereka menyedari bahawa ia mungkin tidak mencapai sambutan yang cukup menggalakkan seperti tajuk-tajuk yang lepas kerana objektif utama pada masa ini adalah untuk membina semula kredibiliti siri permainan ini.

assassins-creed-syndicate

Ubisoft telah melaporkan bahawa mereka menjangkakan Assassin’s Creed Origins akan terjual sedikit lebih daripada Assassin’s Creed: Syndicate, setakat Jun tahun ini telah terjual lebih kurang 3.59 juta salinan di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, Ubisoft menjangkakan bahawa Assassin’s Creed Origins tidak akan terjual lebih banyak daripada Assassin’s Creed: Unity, setakat Jun tahun ini telah terjual  lebih kurang 4.6 juta salinan.

assassins-creed-unity

Ubisoft berkata mereka sedar situasi untuk siri Assassin’s Creed selepas beberapa kesulitan pada masa lepas yang telah menghasilkan reputasi yang buruk untuk permainan terakhir siri ini.

Maka, Ubisoft komited untuk membina semula kredibiliti dari Assassin’s Creed Origins dan mereka menjangkakan bahawa permainan itu akan berubah menjadi kegemaran para pemain dan ini dapat membantu dalam penjualan siri akan datang ini.

Assassin’s Creed Origins akan dilancarkan pada 27 Oktober 2017 di PS4, Xbox One, dan PC

Sumber: wccftech

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malays