Berita

Ubisoft Sedang Menjalankan Tinjauan Untuk Platform Nintendo Switch

Diolah oleh hang92

Siapa yang tidak kenal dengan produk Nintendo kini menjadi tular kerana keunikannya yang tersendiri iaitu Nintendo Switch.

Oleh itu Ubisoft sebagai pengeluar permainan terkenal sedang giat mengumpul maklumat mengenai konsol baru ini dan ciri-ciri pemain. Ubisoft mengambil langkah aktif dalam meninjau citarasa pemilik Nintendo Switch untuk lebih memahami apa yang mereka mahukan daripada sesuatu permainan.

Pemain Nintendo Switch seluruh dunia akan berhimpun secara online pada suatu masa yang akan ditetapkan kelak untuk berkongsi pendapat dan pengalaman mereka dengan menggunakan webcam atau keyboard mereka.

Penyertaan akan melibatkan lebih kurang satu jam pada setiap hari pada setiap tempoh yang tertentu yang ditetapkan oleh anda sendiri.

[TERKINI]

Tinjauan ini yang akan berlangsung dari 5 April – 9 April, dan sekali lagi pada 21-25 Jun. Pemain akan dijangka untuk menghabiskan satu jam pada setiap tinjauan setiap hari untuk memberi maklumbalas dan maklumat kepada Ubisoft.

Mereka yang mengambil bahagian akan menerima sehingga ~RM222 setiap seorang dalam bentuk kredit, mungkin untuk kredit Nintendo Switch.

Bagi pemain yang berminat untuk mengambil bahagian dalam tinjauan ini boleh melawat laman web kaji selidik dan menjawab beberapa soalan.

Ada ura-ura mengatakan kemungkinan besar Ubisoft akan memuatkan beberapa permainan terkenal buatan mereka ke dalam Nintendo Switch seperti permainan Asssasin’s Creed ataupun Steep.

Kami sangat berharap tajuk-tajuk permainan lain yang terkenal dapat dimasukkan seperti Ghost Recon ataupun For Honor. Mudah-mudahan.

sumber : ubisoft

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.