Berita

Ultra Street Fighter II : Sebab Kukuh Kenapa Anda Perlu Memiliki Nintendo Switch

Diolah oleh hang92

Street Fighter II versi Nintendo Switch menawarkan sesuatu yang tidak ada konsol lain boleh beri kepada anda – iaitu keupayaan untuk bertempur dimana jua anda berada dengan orang lain tanpa sebarang masalah.

Ultra Street Fighter II menggunakan visual yang dipertingkatkan daripada Super Street Fighter II Turbo HD Remix yang dihasilkan untuk PlayStation 3 dan Xbox 360. Tetapi secara keseluruhan permainan ini masih bergelar Street Fighter II.

Kekuatan sebenar permainan Ultra Street Fighter II adalah terletak kepada fleksibilitinya. Anda boleh samada bermain di TV, atau bermain dengan rakan anda di mana-mana tempat sekali pun dengan Nintendo Switch.

Ultra Street Fighter II juga menggunakan kelebihan pengawal Joy-Con sebagai bahan alternatif untuk menarik minat pemain.

Pemain boleh membuat jurusan yang dipanggil Way of the Hado. Mod ini menggunakan pandangan orang pertama dan anda akan memegang Joy-Con sambil melakukan pergerakan klasik seperti menghasilkan bola api untuk mengalahkan musuh.

sumber : theverge

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan seperti:

Street Fighter 5 : Capcom Mencipta Kontroversi Dengan Bacaan Ayat Suci Islam

Nintendo Switch : Permainan Ultra Street Fighter II Akan Dilancarkan Pada 26 Mei 2017

Street Fighter V – Legasi Permainan Pertempuran