Berita

Uncharted 4 : The Lost Legacy Akan Menemui Anda Pada 22 Ogos 2017

Diolah oleh hang92

Pada tanggal 22 Ogos 2017 ini kita bakal menyaksikan bagaimana Nadine Ross dan Chloe Frazer memburu harta karun Tusk of Ganesh di India tanpa kelibat Nathan Drake dalam DLC terbaru keluaran Naughty Dog.

Naughty Dog berkata bahawa The Lost Legacy merupakan permainan Uncharted yang sebenar. Walaupun ianya sekadar DLC namun mereka berkata lagi apa yang mereka wujudkan adalah sama seperti dengan permainan berskala penuh.

Pengarah Komunikasi Naughty Dog, Arne Mayer berkata mereka telah mengeluarkan permainan yang akan dimainkan selama lebih 10 jam dan mereka tidak sampai hati untuk membuat sesuatu DLC dengan jangka masa yang pendek.

Dibawah ialah sedikit sedutan tentang Chloe dan Nadine, yang mempunyai misi untuk mencari Tusk of Ganesh di India.

Mengikut harga yang ditawarkan oleh Naughty Dog pada laman web mereka, DLC ini boleh didapatkan dengan harga ~ RM 177.90 tetapi itu adalah harga tidak rasmi untuk kita di Malaysia.

Dengan harga yang mahal sebegitu, Sony cuba membodek pengguna dengan turut memasukkan permainan Playstation 2, Jak & Dexter sebagai permainan tambahan jika anda membuat pra tempahan awal.

Pada pendapat anda berbaloi atau tidak dengan harga yang sedemikian untuk permainan ini?

Berapa pula harga yang akan ditawarkan di Malaysia? Sama-sama kita nantikan.

sumber : naughtydog

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.