Berita

Uncharted 4 : Tugu Mini Nathan Drake Di Buka Untuk Pra Tempahan

Diolah oleh hang92

Uncharted 4: A Thief’s End bukan sahaja memenangi Permainan Terbaik Tahunan 2017 di SXSW Awards, tetapi juga merupakan francais permainan yang paling dikenali dan menguntungkan untuk Sony Interactive Entertainment dan pemaju Naughty Dog.

Baca di sini untuk mengetahui tentang DLC terbaru untuk permainan Uncharted 4 

Oleh kerana kejayaan yang telah dikecapi oleh permainan ini, kedua-dua syarikat tersebut sudah mengumumkan beberapa kerjasama untuk membuat filem, siri televisyen, dan juga patung permainan.

Patung mainan permainan yang menggunakan tugu dihasilkan untuk edisi terhad yang diilhamkan oleh protagonis siri permainan ini iaitu Nathan Drake.

Seperti yang dilihat gambar tugu tersebut, edisi terhad patung Uncharted 4 ini menggambarkan Nathan Drake sedang melakukan salah satu gerakan asli beliau iaitu melompat dan menumbuk salah satu musuh askar Shoreline dalam permainan ini.

Ciri-ciri tugu ini sangat nyata serta jelas dan dilakukan dengan baik sekali. Tugu ini agak berwarna-warni dan sangat terperinci.

Peminat permainan mungkin tidak suka pada harganya, kerana ia dinyatakan berharga RM 1110.00!

Pada laman web jualan ini, ketinggian dan dimensi patung Uncharted 4 itu adalah berukuran 508mm tinggi x 292.1mm lebar x 284.48mm panjang.

Tugu mini Nathan Drake ini dijangka akan boleh didapati pada Julai 2017 hingga September 2017, dan peminat Nathan Drake digalakkan untuk bertindak segera untuk pra-tempahan kerana terdapat 1500 unit sahaja dibuat.

sumber : sideshow

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.