Berita

Uncharted: The Lost Legacy Bukan Permainan Terakhir Siri Uncharted, Kata Naughty Dog

uncharted-nathan-drake
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Naughty Dog pernah berkata sebelum ini bahawa Uncharted 3 pada tahun 2011 lalu akan menjadi permainan terakhir dalam siri ini. Selepas itu mereka mengatakan Uncharted 4 pula adalah siri terakhir.

Walau bagaimanapun, mereka kini menyatakan bahawa Uncharted: The Lost Legacy tidak perlu menjadi siri terakhir – kerana terdapat terlalu banyak di dunia Uncharted yang masih mereka boleh teroka.

sullivan-uncharted

Pengarah kreatif Naughty Dog dan penulis, Shaun Escayg, berkata kepada Eurogamer dalam satu temu bual;

Saya tidak akan mengatakan itu adalah yang terakhir. Dunia pencurian ini sangat besar. Terdapat pelbagai karakter. Malah sebelum kami menetapkan kisah ini, kami menerokai watak Sullivan, kami menerokai watak Cutter, dan gandingkan mereka, memikirkan apa yang betul, apa yang akan menimbulkan konflik, sesuatu yang baru, sesuatu yang segar. Tetapi untuk mengatakan dunia Uncharted sudah tamat… saya amat meraguinya.

charlie-cutter-uncharted

Kemudian dalam temu bual  itu lagi, Escayg menegaskan bahawa Naughty Dog mempunyai tulang belakang dan jalan cerita untuk hampir setiap watak di dunia Uncharted, termasuk Sully dan Cutter.

Oleh itu, ada kemungkinan pada masa akan datang karakter lain akan mempunyai fokus jalan cerita mereka sendiri sama seperti Chloe di dalam The Lost Legacy.

Uncharted: The Lost Legacy akan hadir ke PS4 pada 22 Ogos 2017.

Sumber: DualShockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.