Berita

Uncharted: The Lost Legacy Telah Merampas Takhta Crash Bandicoot Pada Carta Jualan UK

Diolah oleh hang92

Keputusan untuk minggu ke-34 carta jualan permainan di UK Sales baru sahaja dikeluarkan, Crash Bandicoot N. Sane Trilogy yang telah meneraju carta jualan selama 7 minggu berturut-turut telah pun dikalahkan oleh permainan yang turut dikeluarkan syarikat yang sama Naughty Dog, iaitu permainan Uncharted: The Lost Legacy.

Uncharted: The Lost Legacy merupakan permainan tunggal siri Uncharted yang tidak melibatkan kelibat hero kesayangan ramai, Nathan Drake. Permainan ini mengisahkan tentang Chloe Frazer dan Nadine Ross yang mengembara di India untuk mencari harta karun kuno

Baca jugaSaksikan Treler Terbaru Uncharted: The Lost Legacy

Mengikut Games Industry, Uncharted: The Lost Legacy adalah permainan yang tidak dijangka akan dijual sebegini banyak di UK. Buktinya, sehingga kini, The Lost Legacy telah terjual separuh daripada keseluruhan jualan Uncharted 4 di UK.

Berita ini adalah sangat mengagumkan dimana anda perlu ingat bahawa motif utama permainan adalah asalnya dikeluarkan sebagai DLC, dan juga tanpa kelibat Nathan Drake pada muka hadapan, maka ianya kami anggap adalah luar biasa sambutannya.

Di bawah, anda boleh semak senarai penuh untuk tempat 40 keatas dalam carta jualan di UK untuk minggu ke-34 (minggu berakhir pada 26 Ogos)

Minggu Lepas Minggu Ini Tajuk Permainan Penerbit
1 UNCHARTED: THE LOST LEGACY SONY COMPUTER ENT.
2 F1 2017 CODEMASTERS
1 3 CRASH BANDICOOT N.SANE TRILOGY ACTIVISION
4 MADDEN NFL 18 EA SPORTS
2 5 GRAND THEFT AUTO V ROCKSTAR
3 6 FALLOUT 4 BETHESDA SOFTWORKS
7 7 DISHONORED 2 BETHESDA SOFTWORKS
10 8 FORZA HORIZON 3 MICROSOFT
8 9 TOM CLANCY’S RAINBOW 6: SIEGE UBISOFT
5 10 MARIO KART 8 DELUXE NINTENDO
6 11 DOOM BETHESDA SOFTWORKS
12 THE ESCAPISTS 2 TEAM 17
4 13 AGENTS OF MAYHEM DEEP SILVER
11 14 THE LEGEND OF ZELDA: BREATH OF THE WILD NINTENDO
13 15 HORIZON ZERO DAWN SONY COMPUTER ENT.
12 16 LEGO WORLDS WARNER BROS. INTERACTIVE
9 17 SPLATOON 2 NINTENDO
14 18 CALL OF DUTY: INFINITE WARFARE ACTIVISION
15 19 FIFA 17 EA SPORTS
16 20 LEGO CITY UNDERCOVER WARNER BROS. INTERACTIVE
21 OVERWATCH: GAME OF THE YEAR EDITION ACTIVISION
19 22 MINECRAFT: XBOX EDITION MICROSOFT
23 23 MINECRAFT: PLAYSTATION EDITION SONY COMPUTER ENT.
21 24 OVERWATCH BLIZZARD
18 25 DIRT 4 CODEMASTERS
26 TOM CLANCY’S GHOST RECON: WILDLANDS UBISOFT
26 27 LEGO STAR WARS: THE FORCE AWAKENS WARNER BROS. INTERACTIVE
28 MINECRAFT: STORY MODE – COMPLETE ADV. TELLTALE GAMES
24 29 PREY BETHESDA SOFTWORKS
30 UNCHARTED 4: A THIEF’S END SONY COMPUTER ENT.
31 31 WWE 2K17 2K
28 32 LEGO MARVEL AVENGERS WARNER BROS. INTERACTIVE
17 33 MIITOPIA NINTENDO
34 FARPOINT SONY COMPUTER ENT.
22 35 FOOTBALL MANAGER 2017 SEGA
29 36 THE ELDER SCROLLS V: SKYRIM SPECIAL ED. BETHESDA SOFTWORKS
33 37 POKEMON SUN NINTENDO
35 38 HITMAN: THE COMPLETE FIRST SEASON SQUARE ENIX
36 39 INJUSTICE 2 WARNER BROS. INTERACTIVE
27 40 1-2 SWITCH NINTENDO

Sumber: Ukie

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.