Berita

Uncharted: The Lost Legacy – Tiadanya Kemunculan Nathan Drake

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Sejak Uncharted: The Lost Legacy diumumkan pada bulan Disember tahun lalu – beberapa maklumat baru telah muncul berkaitan DLC ini. Maklumat yang terbaru ini nyata akan membuatkan peminat Nathan Drake akan kecewa.

Nathan Drake sama sekali tidak akan membuat kemunculan di dalam Uncharted: The Lost Legacy, Naughty Dog telah mengesahkan perkara ini di PlayStation Blog.

Pengarah Permainan Kurt Margenau, mendedahkan bahawa idea untuk kemunculan Nathan Drake sudah dipertimbangkan. Tetapi mereka merasakan ianya sesuatu yang tidak perlu kerana kisah Nathan Drake telah ditamatkan dengan cukup baik.

Sebaliknya DLC ini akan memberi tumpuan kepada watak Chloe dan Nadine. Ia akan berkisarkan enam hingga ke dua belas bulan selepas berlakunya peristiwa di Uncharted 4. Mereka akan bekerjsama untuk mendapatkan Tusk of Ganesha daripada seorang panglima perang misteri bernama Asav.

Uncharted: The Lost Legacy kini masih lagi dalam pembangunan untuk PlayStation 4, dan tidak mempunyai tarikh keluaran yang disahkan.

Apa pendapat anda tentang Nathan Drake yang tidak membuat kemunculan di DLC ini? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

Sumber: Playstation Blog

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.