Ura-ura

[Ura-ura] Assassin’s Creed Empire: Peta Dunia Yang Tiga Kali Lebih Besar Berbanding Black Flag

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Siri permainan terbaru Assassin’s Creed, yang dikhabarkan bertajuk Assassin’s Creed Empire, secara rasminya masih belum didedahkan tetapi ura-ura mengatakan bahawa permainan ini akan diterbitkan sekitar hujung tahun ini untuk platform PC dan konsol.

Berikutan kebocoran maklumat yang mencadangkan tarikh keluaran adalah pada bulan Oktober, lebih banyak khabar angin telah timbul mengenai beberapa ciri permainan selepas itu.

Menurut ura-ura yang dikongsi di laman web Poland – Gry-Online. Assassin’s Creed Empire akan menjadi prekuel kepada seluruh francais, yang akan memperkenalkan watak baru yang mungkin juga mempunyai pertalian darah dengan Altair, watak utama Assassin’s Creed yang asal.

Permainan ini sedang dibangunkan oleh pasukan yang sama membangunkan Assassin’s Creed: Black Flag, Ubisoft Montreal. Ia juga dikatakan akan mempunyai peta yang tiga kali ganda lebih besar daripada permainan Assassin’s Creed: Black Flag.

Berikut adalah ura-ura yang di nyatakan dalam web Gry-Online (untuk terjemahan anda boleh gunakan pelayar web Chrome)

  • Prekuel kepada seluruh francais Assassin’s Creed
  • Berlatar belakangkan di zaman Mesir Purba
  • Protagonis adalah bekas hamba.
  • Protagonis juga mempunyai pertalian darah dengan Altair
  • Protagonis mempunyai kulit sedikit gelap berbanding watak-watak utama sebelum ini.
  • Permainan ini akan mengenalkan ciri ilusi optik fatamorgana yang kebiasaanya berlaku di padang pasir.

Berikutan penerbitan Assassin’s Creed Unity dan Assassin’s Creed Syndicate, Ubisoft memutuskan untuk memberi pasukan pembangunan lebih banyak masa untuk membangunkan siri ini agar dapat menghasilkan kualiti yang cukup baik.

Jika Assassin’s Creed Empire dilancarkan akhir tahun ini, mungkin tidak lama lagi pengumuman rasmi dari pihak Ubisoft akan dikeluarkan. Bersama-samalah kita nantikan dengan penuh kesabaran.

Sumber: wccftech

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.