Ura-ura

[Ura-Ura] Assassin’s Creed: Origins : Apa Yang Patut Anda Tahu

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Assassin’s Creed berehat pada tahun 2016 – satu keputusan yang bijak bagi pihak Ubisoft. Kitaran keluaran tahunan francais ini mungkin meninggalkan sedikit rasa letih, dan Ubisoft pasti sedia maklum tentang perkara ini. Jadi apakah perkembangan terbaru untuk siri Assassin’s Creed yang akan datang?

Tahun lepas, ura-ura mula timbul dengan siri terbaru yang dengan kod nama Assassin’s Creed Empire, yang kini dipercayai telah mempunyai tajuk rasmi iaitu Assassin’s Creed: Origins.

Di Manakah Lokasi Assassin’s Creed: Origins?

Kita telah di bawa ke pelbagai lokasi dalam siri-siri sebelum ini – Jerusalem, Damascus, Acre, Florence, Venice, Rome, Constantinople, Boston, New York, Havana, Nassau and Kingston, Paris dan yang paling terbaru Victorian London. Dan ini tidak termasuk limpahan siri di platform 2D yang berlatar belakangkan lokasi di China dan India.

Assassin’s Creed: Origins akan membawa anda ke Mesir purba. Kotaku – satu laman web yang terkenal dengan ketepatan ura-ura Assassin’s Creed – telah melaporkan perkara ini, dan telah disokong dari sumber-sumber yang lain.

Assassin’s Creed: Origins – Kebocoran Maklumat Dan Ura-Ura

Kebocoran maklumat terkini membawa pembaca dan peminat ke Mesir Purba sekali lagi. Imej dalam permainan dimuat naik ke Reddit, mempamerkan satu watak berada di atas sebuat bot primitif dan di iklim padang pasir.

Tiga sumber telah mengesahkan kepada Eurogamer bahawa imej ini adalah daripada artikel yang tulen. Teks di imej memaparkan misi “Assassinate the Crocodile” dan “Follow Shadya to Khenut’s villa.Khenut adalah ratu Mesir purba yang pernah berkahwin dengan firaun bernama Unas.

Pada bulan Februari tahun ini juga, satu lagi imej bocor dimuat naik ke Reddit yang kelihatan seperti seorang assassin berdiri di hadapan piramid.

Apa Lagi Yang Boleh Saya Jangkakan daripada Assassin’s Creed: Origins?

Protagonis baru dilaporkan merupakan seorang bekas hamba. Anda juga akan mempunyai pilihan dialog seperti permainan The Witcher, yang merupakan sebuah permainan yang menjadi ilham dalam pembangunan Assassin’s Creed: Origins ini.

Oh ya…dan anda juga akan mempunyai seekor burung helang (eagle) di bawah kawalan anda. Adakah ini akan menambahkan lagi kuasa penglihatan helang (eagle eye) anda? Kita hanya boleh tunggu dan lihat.

Jadi Bila Saya Boleh Memulakan Penggembaraan Di Dalam Assassin’s Creed: Origins Ini?

Kami masih tidak boleh mengatakan lebih lanjut tentang itu lagi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ubisoft, Yves Guillemot, apabila ditanya mengenai siri Assassin’s Creed yang akan datang. “Kami masih sedang berusaha keras untuk permainan ini, dan ia akan dilancarkan apabila sudah siap pembangunannya.

Walaupun tidak ada tarikh keluaran yang jelas bagi Assassin’s Creed: Origins, mungkin ia satu perkara yang agak memeranjatkan jika permainan ini masih tidak dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Tapi Buat Masa Ini Bagaimana Saya Ingin Hilangkan Ketagihan Saya Untuk Bermain Assassin’s Creed?

Jika anda inginkan permainan Assassin’s Creed yang terbaru, maka anda mungkin mahu mencuba Assassin Creed Chronicles: India yang bercirikan permainan 2D.

Permainan ini sudah berada di pasaran untuk platform PS4, Xbox One dan PC.

RUMUSAN

Dengan E3 yang akan berlangsung dalam beberapa minggu sahaja lagi, mungkin kita tidak perlu menunggu lama untuk sebarang pengumuman rasmi berkaitan Assassin’s Creed: Origins ini.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.