Ura-ura

[Ura-Ura] Days Gone : Akan Membuat Kemunculan Di E3 Secara Besar-Besaran

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Days Gone telah membuat kemunculan awal tahun lepas di E3 2016. Permainan ini bercirikan dunia terbuka apokaliptik zombi dengan pengembaraan-aksi disamping beberapa elemen seram. Ia juga dikhabarkan bersedia untuk kembali ke E3 tahun ini, secara besar-besaran.

Bagi mereka yang belum sedia maklum: Days Gone masih lagi dalam pembangunan sebagai permainan eksklusif PS4 yang dibangunkan oleh Bend Studio yang merupakan syarikat di bawah naungan Sony.

Seperti yang anda tahu, tidak banyak yang diperkatakan mengenai Days Gone: malahan khabar berita tentang permainan ini juga agak kurang diperkatakan.

Walau bagaimanapun, menurut Sam Witwer, yang merupakan pelakon suara watak utama Deacon St. John berkata, permainan ini akan hadir pada E3 2017 “secara besar-besaran.

Days Gone masih dalam pembangunan untuk PS4 dan masih belum kedengaran bilakah tarikh sah pengeluarannya.

Sumber : dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

6 Permainan Zombi Yang Anda Boleh Cuba

Permainan Seram PS4 Yang Anda Perlu Main Bersendirian – Bahagian 2

Sony PS4; Permainan Ekslusif Untuk Tahun 2017