Ura-ura

[Ura-ura] Kingdom Hearts 3 Akan Dilancarkan Pada Platform Nintendo Switch Pada Tahun Hadapan

Diolah oleh hang92

Kita semua sedang menanti tarikh pelancaran bagi permainan Kingdom Hearts III untuk masa yang agak lama sekarang, dan baru-baru ini telah keluar satu berita yang menyatakan permainan ini akan dilancarkan pada tahun hadapan iaitu tahun 2018.

Square Enix telah menayangkan treler mengenai permainan ini pada D23 Expo. Treler ini menunjukkan beberapa maklumat menarik mengenai permainan seperti pembabitan watak kartun Toy Story dan juga pendedahan tarikh pelancaran iaitu pada tahun 2018.

Anda boleh saksikan video treler ini di bawah.

Permainan Kingdom Hearts III juga mungkin akan dilancarkan pada platform Nintendo Switch.

“Nintendo Switch merupakan konsol yang amat menarik. Jika kami melancarkan hanya pada Nintendo Switch sahaja saya pasti ada orang lain akan berkata bagaiman dengan PS4 dan Xbox One? Kami mahukan permainan ini terlebih dahulu, jangan lancarkan pada platform lain.” – Tetsuya Nomura berkata pada IGN.

Persoalannya kini, adakah Switch mampu menjalankan permainan ini sama seperti pada platform PS4 dan Xbox One? Sekurang-kurangnya itu bukan masalah kita, itu masalah Square Enix.

sumber: gamingbolt, IGN

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.