Ura-ura

[Ura-ura] Konsol Xbox Terbaru Sedang Direkabentuk, Dan Ianya Sudah Mempunyai Nama

Diolah oleh hang92

Xbox One X, konsol terhebat daripada Microsoft telah diumumkan secara rasmi pada persidangan E3, namun masih lagi belum dijual di pasaran. Baru-baru ini ada khabar berita bahawa Microsoft sedang dalam persiapan untuk menyiapkan rekabentuk konsol Xbox lain pula selepas Xbox One X.

Wakil daripada blog internet Windows Central, Jez Corden baru-baru ini telah mendedahkan di Twitter beliau bahawa konsol Xbox seterusnya sedang di dalam proses rekabentuk.

Nampaknya, konsol seterusnya ini bukan sekadar bual bicara kosong, kerja sebenar untuk rekabentuk telah pun bermula. Dan konsol ini sudah mempunyai kod nama sendiri.

Walaupun kerja rekabentuk sudah dijalankan, terlalu awal untuk kita andaikan ianya akan dilancarkan pada tahun terdekat ini. Mengikut Jez Corden, konsol ini tidak akan dilancarkan dalam masa 2 tahun ini sebelum tahun 2019.

Konsol Microsoft Xbox One X akan dilancarkan pada 7 November ini di seluruh dunia. Setakat ini, konsol ini merupakan konsol yang terhebat dari segi keupayaan pemproses.

Untuk pengetahuan anda, konsol Xbox One X mempunyai pemain cakera Blu-ray 4K UHD, mempunyai 3 lubang USB 3.0 (satu di hadapan, dua di belakang), dan pemancar IR. Bagi sesiapa yang sudah memiliki Xbox One S, semua wayar kabel boleh digunakan semula.

sumber: wccftech

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.