Ura-ura

[Ura-Ura] LA Noire ‘Remaster’ Dengan Sokongan VR dan Pandangan Orang Pertama

la-noire
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Tatkala peminat permainan video menantikan ‘Red Dead Redemption 2‘, dan kini kelihatan seolah-olah Rockstar Games mungkin mempunyai tajuk lain yang akan hadir menemui peminat.

Laporan baru-baru ini mendakwa syarikat gergasi permainan itu sedang mempersiapkan untuk melancarkan versi ‘remasteredLA Noire di generasi konsol terbaru, juga kedengaran seolah-olah permainan itu juga akan dilengkapi beberapa ciri-ciri baru.

LA-Noire

Jika ura-ura ini adalah benar, kita akan melihat permainan detektif ini di seluruh platfrom; PlayStation 4, Xbox One, dan Nintendo Switch juga dijangkakan akan menyokong LA Noire yang telah diubahsuai – walaupun ura-ura mengatakan bahawa Rockstar mungkin akan menangguhkannya ke tahun 2018 untuk mengelakkan persaingan pengeluaran permainan lain ketika musim cuti di AS.

Penulis WWG, Liam Robertson, mendakwa bahawa laman web mereka mempunyai tiga sumber dalaman yang mengesahkan penambahan sokongan baru VR – atau sekurang-kurangnya ujian dalaman di PlayStation VR – serta mod pandangan orang pertama.

LA-Noire-Car

Seperti yang diperkatakan oleh Roberston, mod pandangan orang pertama yang baru di LA Noire mungkin menyerupai mod pandangan orang pertama yang telah diperkenalkan ke Grand Theft Auto 5 yang dilancarkan di PC, PS4, dan Xbox One. Memandangkan kejayaan permainan itu untuk penerbit, maka tidak mustahil jika syarikat itu memilih untuk mencuba mod permainan yang sama di LA Noire.

LA Noire kini boleh didapati di PC, PlayStation 3, dan Xbox 360.

Sumber : GameRant

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.