Ura-ura

[Ura-Ura] Microsoft Sedang Merancang Membangunkan Permainan Ala ‘Horizon Zero Dawn’ Versi Mereka

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Horizon Zero Dawn adalah permainan eksklusif baru yang berjaya oleh Sony, dan sementara sekuel permainan ini belum disahkan, Guerilla Games telah pun bercakap tentang kemungkinan ia akan dihasilkan.

horizon-zero-dawn-gameplay-ps4

Kini, kelihatan seperti Microsoft sedang merancang untuk membangunkan sendiri permainan Horizon Zero Dawn versi mereka sendiri.

Satu senarai tawaran kerja di LinkedIn ditemui oleh MSPoweruser yang disiarkan dua bulan lalu yang diiklankan dengan tajuk untuk “Lead Environment Artisit for Microsoft AAA Nextgen Title” yang mempunyai penerangan ringkas “seakan permainan Horizon Zero Dawn.

microsoft-horizon-zero-dawn

Jawatan itu adalah tawaran dari perekrut pekerja G3d yang pakar dalam mencari calon untuk pelanggan berprofil tinggi seperti Sony, Activision, dan Warner Brothers.

Jika konsol pilihan anda adalah Xbox, adakah anda mengharapkan permainan eksklusif Microsoft yang seakan Horizon Zero Dawn? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

Sumber : vg247

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia