Ura-ura

[Ura-Ura] Playstation 5 Akan Menyokong Backwards Compatibility PS4 Pro

Diolah oleh Konsol

Ura-ura mengenai pembangunan konsol terbaru Sony iaitu Playstation 5 semakin menular dengan meluas hari demi hari.

Boleh dikatakan kebanyakan peminat permainan video amat menantikan konsol terbaru daripada pihak Sony ini kerana konsol Playstation 4 sendiri sudah pun berusia 4 tahun.

Gambar diatas hanyalah khalayan penulis dan konsep oleh pereka grafik

Terbaru penganalisis permainan video terkemuka iaitu Michael Pachter telah menerangkan bahawa Playstation 5 yang bakal dilancarkan oleh pihak Sony sekitar tahun 2019 akan mempunyai kebolehan Backwards Compatibility untuk turut memainkan kembali permainan pada Playstation 4 Pro.

Perkara ini juga turut disahkan oleh orang kuat Sony di Amerika Syarikat iaitu Shawn Layden.

Menurut Shawn, sebenarnya Playstation 4 Pro mempunyai separuh daripada kebolehan yang akan disertakan pada Playstation 5 nanti.

Dimana Shawn menambah, Playstation 4 Pro dinaik taraf daripada Playstation 4 berdasarkan teknologi dan kebolehan yang bakal disertakan pada Playstation 5, tetapi Playstation 5 akan mempunyai 100 peratus kebolehan baru ini berbanding Playstation 4 Pro yang cuma mempunyai separuh kebolehan yang ingin kami berikan pada Playstation 5.

Oleh yang demikian, Michael Pachter yakin bahawa pihak Sony akan turut menyokong kebolehan Backwards Compatibility ini terutama daripada Playstation 4 Pro kerana konsol ini mengikut Shawn mempunyai separuh kehebatan Playstation 5 yang bakal dilancarkan nanti.

Rumusan

Jika perkara ini benar-benar berlaku, tentu perkara ini akan amat digemari oleh setiap peminat konsol permainan video Sony.

Masakan tidak, permainan Playstation 4 pun dah mahal gila, jadi sayanglah kalau ia tidak dapat dimainkan selama yang boleh, betul tak?

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.