Ura-ura

[Ura-Ura] PlayStation Switch : Konsol Prototaip Yang Mampu Menggugat Nintendo Switch

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Tidak disangkal lagi bahawa Nintendo Switch telah terbukti menjadi satu kejayaan besar. Walaupun dengan penurunan pasaran konsol bimbit, Nintendo Switch tetap mendapat sambutan yang hangat.

Kejayaan Nintendo Switch telah menimbulkan persoalan sama ada pengeluar konsol permainan lain juga akan hadir dengan konsol hibrid mereka sendiri.

Sebuah blog teknologi Jerman turut menjangkakan perkara ini, tetapi jangkaan mereka hadir bersama dengan prototaip mereka sendiri – “PlayStation Switch.

Reka bentuk terakhir mereka dipanggil “Sony Playman,” yang diilhamkan dari Walkman dan Discman mudah alih tahun 1970-an dan 80-an.

Sama seperti Nintendo Switch, ia bercirikan konsol hibrid dan reka bentuk yang mudah alih yang membolehkan pemain untuk menikmati pengalaman bermain konsol di rumah atau di mana sahaja.

Sony Playman atau “PlayStation Switch” mengambil ilham dari reka bentuk Nintendo Switch dan menambah beberapa penambahbaikan.

Berikut adalah video yang mempertontonkan reka bentuk Sony Playman ini;

Untuk maklumat lanjut mengenai konsep Playstation Swith ini, anda boleh layari laman ini. 

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.