Ura-ura

Ura ura : Poster Call of Duty WWII Mendedahkan Tarikh 3 November Untuk Pelancaran

Diolah oleh hang92

Baru-baru telah berlaku kebocoran maklumat tentang poster pelancaran Call of Duty: WWII akan dilancarkan pada tahun ini dan ternyata bahawa khabar angin ini adalah benar.

Pada mulanya, hanya sebahagian poster sahaja yang telah tersebar luas di internet, namun baru-baru ini poster berskala penuh pula sudah mula merangkak di internet.

Related image

Malangnya, kami tidak mempunyai banyak maklumat lain mengenai Call of Duty: WWII, cumanya anda pasti tahu Call of Duty dibuat oleh Sledgehammer Games dan Activision mahu menjadikan permainan ini saingan terdekat pada siri Battlefield 1 yang begitu dipuji pada tahun lepas.

Di bawah merupakan poster berskala penuh yang sudah terbocor di internet dan jika anda dapat teliti tarikh 3 November telah dicetak di atas tajuk permainan ini.

Image result for cod ww2

Di atas bucu kanan anda akan nampak lambang khusus Playstation. Lambang ini menunjukkan ‘Play early on Playstation’

Warna yang digunakan juga adalah sama seperti poster asal yang telah dibocorkan melalui internet maka tiada istilah pemalsuan berlaku di sini.

Jika anda seorang pereka grafik, tempat manakah yang paling sesuai untuk anda menyembunyikan hasil kerja anda? Yang pastinya gambar ini diambil dari kedudukan atas seperti berada di atas meja.

Adakah kebocoran maklumat ini dilakukan untuk meraih publisiti? Atau dilakukan dengan sengaja oleh budak praktikal yang bengang dibuli oleh pekerja senior?

Yang pasti kita sebagai peminat FPS siri ini pastinya tidak sabar untuk menunggu sehingga permainan ini dilancarkan.

sumber : gamepur

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.