Ura-ura

[Ura-ura] Sony Mengatakan Permainan Infamous Terbaru Masih Dalam Pembangunan

Diolah oleh hang92

Pembikin permainan Infamous, Sucker Punch Productions sedang membangunkan permainan Infamous baru, tetapi kita masih belum tahu apa-apa mengenainya lagi.Walaupun acara Sony E3 sudah pun berlalu, namun tiada apa-apa berita mengenai pembangunan atau tajuk penuh mengenai permainan ini.

Image result for infamous

Presiden PlayStation Worldwide Studios, Shuhei Yoshida mengakui bahawa dia bermain permainan Infamous dengan banyak kali. Pada mulanya bila disoal dia menyatakan bahawa dia akan memberikan maklumat terbaru mengenai permainan ini tetapi setelah sekian lama, akhirnya dia membuat keputusan untuk tidak mendedahkan tentang pembangunan permainan ini.

“Saya telah bermain banyak kali permainan ini, dan setiap kali saya bermain.. Saya tidak sepatutnya bercakap lagi. Ini adalah permainan, mereka bukannya membuat filem, maka saya tidak sepatutnya memberi apa-apa pernyataan setakat ini” 

Semasa bulan Disember 2015, wakil PlayStation, Scott Rohde berkata dia pernah bermain permainan Infamous terbaru semasa awal pembangunan bersama Yoshida. Dia berkata permainan ini adalah menyeronokkan tetapi dia masih berkata bahawa permainan ini sedang dalam pembangunan dan banyak perkara boleh berubah sehingga ke saat akhir.

Syarikat Sucker Punch, sebuah entiti yang dimiliki oleh Sony, telah melancarkan permainan terbaru mereka Infamous: First Light, pada bulan Ogos 2014. Sony percaya francais permainan ini mempunyai masa hadapan tetapu ada ura-ura mengatakan Sucker Punch perlu mengeluarkan judul yang lain pula.

Apa pendapat anda? Adakah patutnya siri Infamous diteruskan atau dikeluarkan judul yang lain pula? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen kami di bawah.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.