Berita

Usain Bolt Akan Membintangi Pro Evolution Soccer 2018

Diolah oleh hang92

Usain Bolt,”atlet terhebat sepanjang zaman”, pemain berusia 30 tahun ini telah menulis 1 tweet bahawa dia gembira kerana pertama kali dapat beraksi sebagai pemain bola sepak.

Pelari pecut Jamaica ini merupakan seorang peminat Manchester United dan telah bercakap mengenai keinginannya untuk bermain secara profesional.

Untuk pengetahuan anda, PES 2018 akan dilancarkan pada 14 September, sebulan selepas Bolt bersara dari olahraga. Usain Bolt juga merupakan pemenang pingat emas Olimpik lapan kali, kebanyakkan pingat emas Usain Bolt disumbangkan dari acara 100m, 200m dan 4x100m pada dalam tiga Sukan Olimpik – Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.

Usain Bolt

Bolt menulis lagi: “Saya suka permainan bolasepak dan telah bermain PES selama yang saya boleh ingat. Ia adalah permainan bola sepak yang terbaik ada dan ia adalah satu penghormatan besar untuk menjadi sebahagian daripadanya dan kejayaannya”

“Mempunyai muka dan pergerakan saya untuk digunakan dalam permainan adalah proses yang menarik.”

PES 2018 akan dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, PlayStation 3 and Xbox 360.

sumber: bbc UK

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.