Berita

Vampyr: Akan Datang Pada PS4, XB1 dan PC Pada Penghujung Tahun 2017

Diolah oleh hang92

Fokus Home Interactive telah mengeluarkan satu treler terbaru sempena E3 2017 untuk permainan RPG yang bernama Vampyr.

Vampyr dimainkan pada tahun 1918 di London di mana pemain akan mengambil peranan Dr Reid, Dia baru sahaja pulang dari berkhidmat dalam Great War dan kini terpaksa menentang pula dengan penyakit baru iaitu vampirism.

Di dalam Vampyr, setiap permbunuhan akan menjejaskan keselamatan di London. Banyak kedai ditutup dan ramai orang dilaporkan telah hilang.

Anda akan menentukan siapa dan bagaimana anda membunuh, keputusan terletak di tangan anda. Setiap orang awam boleh dibunuh, atau diselamatkan.

Permainan ini dikuasakan oleh sistem Unreal Engine 4 dan pemain akan dapat untuk membina gaya pertempuran yang tersendiri melalui pelbagai senjata yang direka.

Vampyr kini dirancang untuk dikeluarkan pada penghujung 2017.

Boekk!

sumber : dsogaming

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.