Berita

Video Acah Adiwira Atom Dipertontonkan Bagi Penambahan DLC Injustice 2

Diolah oleh Konsol

Jika di dalam dunia Marvel Universe mereka mempunyai watak Ant-man yang mampu menjadi ketua kepada pasukan semut dan boleh mengecilkan saiz badannya sekecil seekor semut. Di dalam DC comics pula, mereka mempunyai saingan kepada adiwira Ant-man di dalam Marvel Universe yang dikenali sebagai Atom.

Seakan-akan Ant-man, adiwira Atom juga mampu untuk memanupulasi keupayaan zarah dan jisim. Seterusnya adiwira atom boleh mengecilkan apa-apa objek termasuk dirinya sendiri.

Amat menarik sekali watak Atom ini telah pun dimasukkan di dalam permainan Injustice 2 ini. Jika kita lihat pada video acah dibawah, gaya perlawanan yang ditunjukkan oleh Atom amat manarik dan unik serta membuatkan kebanyakan daripada kita tidak sabar untuk memuat turun penambahan DLC ini.

Buat masa ini, hanya video acah sahaja yang telah dipertontonkan oleh pihak pembangun permainan Injustice 2 ini iaitu NetherRealms Studio. Tarikh perlancarannya masih belum diumumkan, tetapi sudah pasti penambahan DLC berserta watak Atom ini akan hadir pada DLC Fighter Pack yang akan dilancarkan nanti. Sama sama kita nantikan.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.