Pilihan Kami

Video: Apabila Pemain Dota 2 Mengamuk

Diolah oleh Konsol

Video ini telah dirakamkan pada pertandingan Dota 2 yang berlangsung di Filipina jika tidak silap kami.

Sebenarnya setelah melihat rakaman ini, kami tertanya-tanya dan keliru. Pemain ini mengamuk disebabkan beliau menang ataupun kalah.

Kalau lihat pada awal rakaman, nampak seperti pemain ini telah tewas dan dibelasah teruk di dalam pertandingan Dota 2 ini.

Walaubagaimanapun, bila di akhir rakaman, terlihat seolah-olah pemain ini seperti meraikan kemenangan pula dengan aksi yang cukup ghairah.

Apa kata anda bantu kami menyelesaikan teka-teki ini?

Selamat menonton ūüôā

Peringatan: Video ini tidak terdapat sebarang suara, untuk mengelakkan sebarang gangguan pada penonton.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysi

Anda juga mungkin meminati video lain seperti seperti:

Video: Bila Adik Dipaksa Bermain Resident Evil 7

Video: Apabila Teman Wanita Kalah Lalu Menghancurkan Xbox

Video: Bila Makcik Bermain VR (Virtual Reality)