Pilihan Kami

Video: Kaizo Trap Jumanji Versi Konsol

Diolah oleh Konsol

Baru-baru ini, salah seorang dari kami telah berkongsi satu video animasi menarik yang telah ditonton oleh beliau di laman Facebook.

Yang lebih menariknya, video animasi yang dihasilkan oleh Guy Collins Animation ini telah dikongsikan lebih daripada 75 ,000 kali menerusi laman Facebook Otakukart.

Jadi kami rasa terpanggil untuk berkongsi pula video animasi menarik ini bersama para pembaca kami.

Video yang berdurasi selama 8 minit ini berkisarkan perjalanan seorang teman wanita didalam misi untuk menyelamatkan teman lelakinya yang telah terperangkap di dalam sebuah konsol permainan video.

Emm lebih kurang jalan cerita Jumanji  je ni, tapi yang buat lagi menarik kerana halangan ekstrim yang ditempuh oleh sang wanita ini ketika misi menyelamat dijalankan.

Apa yang boleh kami katakan, Kaizo Trap ini adalah 100 kali lebih sukar berbanding versi Jumanji yang kami pernah tonton ketika kami masih lagi beruniform sekolah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Rasanya kalau betul ada permainan seumpama ini dengan halangan macam didalam video ini, mungkin kami di konsol.my pun akan mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun sebelum dapat menghabiskan setiap cabaran yang dihadapi.

Serius memang susah dan mencabar halangan dia, rasanya lagi mencabar dari permainan kontra ni.

Okay cukuplah penerangan dari kami. Apa kata anda sendiri saksikan video menarik ini. Selamat menonton 🙂

Sumber: Guy Collins Animation & Otakukart Network

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin meminati artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

Video: Bila Makcik Bermain VR (Virtual Reality)

Video : Hugh Jackman Teruja Apabila Terserempak Dengan Mario Cart di Jepun

Video: Apabila Teman Wanita Kalah Lalu Menghancurkan Xbox

Video: Apabila Wonder Woman dan Permainan Battlefield 1 Bergabung