Ulasan

Video: Kenali Ubisoft Singapore

Diolah oleh hang92

Ubisoft Singapore mula ditubuhkan pada Julai 2008 dan semenjak dari itu, syarikat itu telah berkembang menjadi studio permainan AAA terbesar di Asia.

Ubisoft Singapore dikhususkan untuk menjadi studio perintis untuk membangunkan teknologi di dalam permainan yang melibatkan perkapalan. Baru-baru ini, mereka telah melancarkan permainan perkapalan yang baru, yang berkisarkan jalan cerita dunia lanun iaitu Skull & Bones.

Antara permainan lain yang boleh dikaitkan dengan studio ini adalah termasuk setiap siri permainan Assasins’s Creed semenjak Assasins’s Creed II lagi. Mereka juga merupakan pencetus jalan cerita dan teknologi di dalam apa-apa lokasi yang melibatkan perkapalan seperti di dalam Assasins’s Creed III, Assasins’s Creed IV: Black Flag, Assasins’s Creed Creed Rogue, Assasins’s Creed Origins.

Untuk pengetahuan anda, Ubisoft Singapore bekerjasama erat dengan Ubisoft Chengdu dan Ubisoft Philipines sebagai satu nakhoda kapal untuk menawan dunia di dalam permainan yang berasaskan perkapalan.

sumber: Ubisoft

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.