Berita

Video : Lego Marvel Super Heroes 2 Akan Dilancarkan Pada 14 November

Diolah oleh hang92

Lego telah kembali semula dengan salah satu tajuk francais terbesar di bawah lesen mereka.

Warner Bros Interactive Entertainment hari ini telah mengumumkan bahawa permainan Lego Marvel Super Heroes 2 akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

Permainan yang berkonsepkan dunia terbuka ini boleh dimainkan pada PlayStation 4, Xbox One, dan PC mulai 14 November, manakala versi Switch pula tidak diumumkan dengan tarikh yang tepat.

Baca juga : 5 Francais Permainan LEGO Pilihan Kami

Anda boleh mengawal watak wira terkenal serta penjahat seperti Thor, Doktor Strange, Hulk, dan Guardian of the Galaxy.

Untuk pengetahuan anda, Siri pertama Lego Marvel Super Heroes telah dikeluarkan pada tahun 2013. Ia adalah salah satu permainan yang pertama yang dilancarkan khusus untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada ketika itu.

sumber : Playstation EU

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.