Berita

Video : Microsoft Telah Mendedahkan Projek VR Terbaru Mereka

Diolah oleh hang92

Microsoft telah mendedahkan set baru realiti maya khas untuk sistem VR Windows mereka.

Set ini mengandungi 2 buah pengawal gerakan dan akan menggunakan set kepala untuk mengesan pergerakan serta tidak menggunakan kamera.

Pengawal ini dibahagikan kepada 2 bahagian: pemegang dan juga cincin bulatan. Antara butang yang terdapat pada pemegang ialah butang utama termasuk picu, kayu analog, butang menu dan trackpad.

Adakah anda akan mendapatkan pengawal VR ini?

Kami akan mendapatkan pengawal ini sekiranya ianya boleh digunakan bersama Xbox Project Scorpio.

sumber : Microsoft

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.