Berita

Video Promosi Permainan Eksklusif PS4 Yakuza Kiwami 2 Memperkenalkan Model Majalah Dewasa

Diolah oleh hang92

Pada minggu ini, Sega telah melancarkan video promosi terbaru untuk permainan akan datang Yakuza 2, iaitu permainan buatan semula untuk platform khusus PS4 dan dinamakan sebagai Yakuza Kiwami 2.

Di dalam video ini, Sega memperkenalkan beberapa pelakon yang akan mengambil bahagian di dalam permainan ini. Untuk pengetahuan anda, pelakon yang diambil ini merupakan beberapa model daripada majalah dewasa di Jepun.

Pelakon ini kemudian dijemput di dalam sesi video promosi untuk permainan ini, hal ini bukan untuk suka-suka tetapi pelakon ini sebenarnya menyumbangkan suara di dalam permainan Yakuza Kiwami 2. Di dalam jalan cerita permainan ini,watak protoganis permainan ini iaitu Kazuma Kiryu akan menjadi jurugambar di dalam majalah dewasa Jepun.

Di dalam video ini, dua orang selebriti majalah dewasa akan terlibat iaitu Hikaru Aoyama dan Rina Hashimoto.

Anda boleh saksikan video tersebut di bawah. Tapi kami memberi amaran awal-awal bahawa anda tidak akan faham sepatah pun apa yang mereka cakap kerana tiada saribahasa disediakan.

Yakuza Kiwami 2 dilancarkan di Jepun pada 7 Disember ini eksklusif untuk PS4. Tiada lagi tarikh pelancaran untuk pasaran Malaysia setakat ini.

sumber: dualshockers

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Yakuza Kiwami 2 Disahkan Untuk PS4

Yakuza Kiwami : Remake Permainan Klasik PS2 Ini Akan Hadir Ke PS4

5 Permainan Yang Menyerupai Permainan Grand Theft Auto

10 Permainan Pilihan Kami Untuk Platform PS3

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.