Berita

Video Provokatif Agents of Mayhem Tertiris Ke YouPorn

agents-of-mayhem
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Pembikin Agents of Mayhem, Volition telah ‘membocorkan‘ pita seks yang menampilkan watak Rod Stone, aka Hollywood, ke YouPorn.

Pita seks yang diberi tajuk ‘Deep Under the Covers‘ telah dimuat naik ke YouPorn pada 20 Julai. Ia memperlihatkan watak-watak di dalam Agents of Mayhem dalam pelbagai situasi yang provokatif.

agents-of-mayhem

Jika anda mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan ingin melihat video itu, maka anda bolehlah melakukan carian sendiri di laman YouPorn.

Agensts of Mayhem akan berlatar belakangkan dengan persekitaran di dunia yang sama dengan siri Saints Row, bagaimanapun, watak-watak dan jalan penceritaan Agents of Mayhem tidak berkaitan dengan watak-watak yang terdapat di Saints Row.

Amaran: Imej TSDP (Tak Selamat Di Pejabat) akan muncul di bahagian lain halaman. Anda dinasihatkan agar tidak menekan imej-imej TSDP yang muncul di halaman itu.

Agents of Mayhem akan dilancarkan pada 15 Ogos di Amerika Utara dan 18 Ogos di Eropah untuk PC, PS4, dan Xbox One.

Sumber: VideoGamer

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia