Berita

Video Treler Terbaru Need For Speed Payback Memperlihatkan Aksi Kejar Mengejar

Diolah oleh Konsol

Pihak pengeluar permainan kereta paling diminati iaitu Need For Speed Payback telah mempertontonkan video treler terbaru bagi permainan ini.

Di dalam treler terbaru ini, pelbagai perkara menarik turut didedahkan berkaitan permainan Need For Speed Payback. Diantaranya ialah bagaimana aksi kejar mengejar di dalam permainan ini, sebahagian kereta baru seperti BMW M5 2018 dan juga beberapa rakaman skrin.

Menurut pengeluar permainan ini, pihak mereka telah pun memeterai perjanjian khusus bersama pihak BMW bagi menggunakan kereta terbaru BMW M5 2018 didalam permainan ini.

Sebelum mengakhiri artikel ini, permainan Need For Speed Payback ini bakal menemui peminat pada 10 November 2017 dan boleh dimainkan pada Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Jika anda ada sebarang pendapat atau keraguan selepas menonton video treler terbaru permainan Need For Speed Payback di bawah, anda bolehlah mengajukan sebarang pertanyaan di ruangan komen.

Terima Kasih 🙂

Baca Juga: NEED FOR SPEED PAYBACK: Memberikan Apa Yang Peminat Inginkan Selama Ini.

Baca Juga: Need for Speed Payback: Pemain Boleh Menukar Kereta Tukun Menjadi Kereta Litar.

Baca Juga: Need For Speed Payback: Akan Membuatkan Anda Merasa Seperti Hero Filem Aksi

Sumber: GamingBolt

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.