Berita

Warganegara Malaysia Menghabiskan Masa Paling Lama Dengan Telefon Bimbit Berbanding Negara Lain

Diolah oleh hang92

Counter Point Research (CPR), sebuah syarikat penyelidik, telah mendapati bahawa masyarakat di Malaysia merupakan pengguna yang paling banyak menghabiskan masa telefon bimbit berbanding negara lain di dunia.

Keputusan ini amat mengejutkan kerana Malaysia tidak dijangka untuk mengungguli keputusan ini. Jika kita fikirkan, warganegara Jepun lebih sesuai untuk memegang gelaran ini kerana Jepun; masyarakat dunia menganggap orang Jepun dan telefon bimbit tidak dapat dipisahkan.

Di dalam data yang dikeluarkan, 55% rakyat Malaysia mengaku bahawa mereka menghabiskan masa sekurang-kurangnya lima jam pada telefon bimbit mereka dalam sehari. Mengikut CPR, hal ini disebabkan pasaran telefon bimbit yang semakin berkembang setiap hari. Hal ini juga berkaitan dengan aplikasi chat yang lebih digemari berbanding dengan panggilan suara di dalam Malaysia. Untuk menggunakan aplikasi chat, sudah tentu masa yang lebih banyak digunakan untuk menaip mesej.

Sebagai perbandingan, di Jepun, sebanyak 43% masyarakat di sana meluangkan tidak lebih dari tiga jam sehari pada telefon bimbit mereka. Dan mungkin hal ini kerana masyarakat Jepun terkesan kerana masa yang diluangkan untuk kerja hakiki mereka.

CPR juga menyatakan jenama telefon bimbit yang agak murah daripada China juga menyebabkan pasaran telefon bimbit di Malaysia semakin berkembang. Maka secara nyata, Malaysia merupakan pasaran yang paling sesuai untuk memasarkan produk daripada China – lihatlah bagaimana iklan telefon bimbit jenama China telah banyak menguasai ruangan papan iklan di jalanan dan juga di media sosial.

Sumber: Counter Point Research, Lowyat

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

20 Permainan Konsol Ke Telefon Bimbit Pilihan Kami

PES 2017 : Kini Boleh Dimainkan Di Telefon Bimbit Anda

OnePlus 5; Telefon Pintar Untuk Permainan Terbaik 2017

Kotak Permainan KFC: Mengubah Telefon Pintar Menjadi Konsol Mudah Alih

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.