Berita

Watak Dari NieR: Automata Akan Membuat Kemunculan Di Final Fantasy: Brave Exvius

Diolah oleh hang92

Square Enix telah mengumumkan bahawa permainan telefon mudah alih mereka iaitu Final Fantasy: Brave Exvius, akan menerima watak daripada permainan NieR: Automata.

Bermula daripada 11 Ogos, Final Fantasy: Brave Exvius akan menyenaraikan watak seperti 2B, 9S, 21O, dan Adam di mana mereka telah membuat kemunculan di NieR: Automata. Watak-watak ini telah direkabentuk semula menjadi versi piksel supaya boleh memasuki dunia RPG permainan telefon mudah alih.

Selain itu, semasa permainan berlangsung, pemain juga akan dapat berlawan dengan beberapa musuh yang terdapat di dalam permainan NieR: Automataworld dalam mendapatkan piala yang boleh dibelanjakan sebagai ganjaran.

Bagi sesiapa yang tidak pasti tentang permainan ini, anda boleh saksikan treler permainan tersebut di bawah.

Final Fantasy: Brave Exvius merupakan permainan percuma untuk iOS dan Android.

Jika anda pengguna Android, anda boleh muat turun di sini

Jika anda pengguna iOS, anda boleh muat turun di sini

sumber: dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.