Pilihan Kami Ulasan

Watak Permainan Yang Dah Boleh Bersara

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

TERIMA KASIH buat anda yang menyokong konsol.my dan kami berharap anda dapat menyokong kami sehingga anda bersara daripada kerja kelak.

Jadi kami nak minta pendapat sikit dengan anda semua, dalam banyak-banyak watak permainan yang anda mainkan, mana yang anda rasa paling patut bersara dan digantikan dengan watak yang baru ?

Kongsikan pendapat anda dengan kami kenapa anda rasa ia patut ditukar?

Dibawah ialah senarai nama watak yang kami berpendapat perlu bersara dan digantikan dengan watak yang baru.

1 – Reinhardt, Overwatch

Hero Overwatch, Reinhardt. Apabila Reinhardt berjalan, akan kedengaran dentuman tapak kakinya dari jauh apabila berada di medan perang sambil memakai sut perangnya.

Tapi di bawah sut besi itu, dia sebenarnya dia adalah orang yang sudah tua. Jadi sepatutnya dia sudah bersara menjaga dan menumpukan fokus kepada akhirat pula.

2 – Kratos, God Of War

Hero permainan eksklusif Playstation, Kratos telah menghabiskan enam siri God of War dengan mencerai-beraikan badan dewa-dewa yang dilawannya.

God of War terbaru akan dimasukkan watak anak Kratos, tetapi kenapa tidak anak dia pula yang menggantikannya sebagai watak utama?

3 – Duke Nukem, Duke Nukem Forever

Sejak siri ini dilancarkan pada tahun 1991, lelaki macho Duke Nukem telah menjadi watak popular yang mempunyai lebih satu dozen permainan video Duke Nukem.

Ini termasuk Duke Nukem Forever, di mana Nukem tidak jadi daripada bersara demi menyelamatkan seorang wanita daripada diculik oleh makhluk asing.

4 – Sam Fisher, Splinter Cell

Protagonis permainan Splinter cell ini sudah biasa membunuh orang sejak  2002.

Sam sendiri dilahirkan pada tahun 1957 (Malaysia merdeka)  yang menjadikan dia kini berusia 60 tahun.

Kalau di Malaysia umur 60 tahun kita sudah memikirkan cara nak menggunakan duit KWSP bila sudah dikeluarkan dari akaun.

5 – Agent 47, Hitman

Dihasilkan daripada klon secara genetik oleh kejuruteraan, hero permainan Hitman iaitu Agent 47 adalah pembunuh berusia 55 tahun yang telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya membunuh di semua sembilan siri permainan beliau.

Sekurang-kurangnya dua lagi tajuk episod telah dirancang pada akan datang.

Jadi mungkin musim ketiga ini boleh menjadi majlis persaraan rasmi bagi Agent 47 dengan pengganti rasmi beliau boleh mula bekerja pada musim keempat.

6 – Master Chief (AKA John-117), HALO

Master Chief telah menjadi wajah utama bagi Xbox dan boleh dikatakan punca keseronokan bagi pemilik konsol Xbox, tanpa Master Chief Xbox tidak akan sepopular sekarang.

Tetapi sekarang bagi kami adalah masa yang sesuai bagi Master Chief untuk bersara.

Watak ini berumur 47 tahun pada Halo 5: Guardians.

Sudah bersiri-siri Master Chief berada dalam Xbox keluaran Microsoft dan tidak mustahil mereka bersedia untuk menamatkan watak Master Chief ini 

Anda rasa ?

7 – Ryu dan Ken, Street Fighter

Watak-watak Street Fighter yang selalu bersaing seperti Ryu dan Ken antara dua  watak yang paling ikonik dalam permainan video dalam sejarah konsol dan arked.

Setelah mereka membuat debut dengan permainan yang pertama pada tahun 1987, Ryu dan Ken kedua-duanya dianggarkan berumur awal 50-an, namun mereka masih lagi beradak di dalam Street Fighter 5 yang dikeluarkan pada awal tahun ini.

Walaupun ia adalah baik untuk mengetahui pejuang kesayangan kami masih di dalamnya, tetapi ia seolah-olah menampakkan Capcom telah kehabisan idea watak baru dan sudah tiba masanya bagi mereka untuk mula berfikir tentang menggantung pakaian karate ikonik mereka ini. 

Siapa di antara anda yang tidak tahu pasal RYU dan KEN ini? Boleh pergi.. Ermm.. Takpelah..

8 – Marcus Fenix, Gear of War

Protagonis Gear of War, Marcus Fenix telah melalui kehidupan yang sukar, termasuk menyelamatkan dunia dari Locusts dan telah dimasukkan ke dalam penjara

Apabila watak Marcus diperkenalkan di dalam GOW4, kita boleh nampak kesusahan dia melalui parut dan bekas luka di muka dia, kepala pula penuh dengan uban dan janggut jangan dilupa.

Walaupun anaknya, James Dominic Fenix mengambil alih sebagai watak utama, Marcus masih dijangka memainkan peranan yang besar dalam plot GOW 4 ini.

Kami berharap bahawa itu hanya buah mulut orang sahaja. Minta-minta GOW4 adalah pengembaraan terakhir bagi beliau.

Atuk-atuk sila berehat bagi anak muda seperti kami untuk meneruskan generasi.

9 – Leon S. Kennedy, Resident Evil

Protagonis Resident Evil 2, Leon S. Kennedy adalah salah satu daripada watak-watak permainan yang paling popular secara umum.

Itulah sebabnya dia telah dipaparkan (atau disebut) dalam sembilan permainan Resident Evil secara keseluruhan.

Kini berusia 39, dan telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya melawan virus, sekarang adalah masa yang baik untuk beliau untuk menjadi seorang yang pembersih seperti kami.

Kesimpulan

Watak mana lagi yang anda rasa perlu bersara dan patut ditukar dan pihak pembangun permainan? Mereka perlu memerah otak untuk mendapatkan watak-watak yang lebih segar bugar dimana ini penting untuk lebih menghangatkan pasaran dunia dengan watak permainan baru mereka.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.