Android & iOS

Watak-watak Dari Filem Thor: Ragnarok Akan Hadir di MARVEL Future Fight

Diolah oleh hang92

Netmarble Games Corp sebuah syarikat permainan telefon bimbit yang terkenal di Asia, hari ini telah melancarkan satu kemaskini terbaru untuk permainan popular yang menggunakan platform RPG iaitu MARVEL Future Fight.

Kemaskini adalah untuk meraikan pelancaran filem Marvel’s Thor: Ragnarok. Kemaskini kali ini akan memperkenalkan tiga karakter tambahan iaitu Valkyrie, Skurge, dan Heimdall.

Selain itu, kemaskini ini juga membawa masuk Cinematic Battle yang menawarkan pengalaman kepada para pemain agar boleh menikmati lokasi bertemakan filem Marvel’s Thor: Ragnarok.

 “Bersamaan dengan pelancaran filem Marvel’s Thor: Ragnarok, kami berharap para penggemar  filem ini dapat ikut bermain sekali dengan watak kegemaran mereka di dalam permainan ini,” ujar Seungwon Lee, Chief Global Officer Netmarble Games.

Antara watak baru yang diperkenalkan di MARVEL Future Fight ialah:
● Skurge – Pejuang Asgardian terkuat yang memimpin Army of the Dead milik Hela. Ia menghayunkan Bloodaxe miliknya untuk mengalahkan musuh.
● Valkyrie – Seorang askar dengan ilmu pedang yang sangat hebat dan kuda bersayap sebagai tunggangannya.
● Heimdall – Guardian Bifrost yang melihat dan mendengar segalanya. Ia menggunakan sebuah pedang besar yang menjadi senjata pilihannya.

MARVEL Future Fight boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store® and Google Play™

Jika anda pengguna iPhone, anda boleh memuat turun di sini App Store®
Jika anda pengguna Android, anda boleh memuat turun di sini Google Play™

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.