Ura-ura

WATCH DOGS 2 – LEBIH BAIK DARI YANG SEBELUMNYA

Diolah oleh Along Naz

Bandar baharu, karekter baharu dan pengalaman yang baharu

Meneroka dunia luar menawarkan pelbagai kemungkinan yang luar biasa dan dinamik. Kemudi cara anda melalui lalu lintas semasa terlibat dalam situasi kejar mengejar menggunakan kereta melalui jalan- jalan di sekitar San Fransisco, merentasi bumbung- bumbung kawasan perumahan yang cantik dan menarik di Oakland dan menyusup masuk ke dalam pejabat serba canggih Syarikat Silicon Valley.

Terdapat banyak rahsia untuk didedahkan di tempat bermulanya revolusi tekonologi ini. Anda akan mengodam infrastruktur di sekitar bandar, setiap peranti disambungkan dan maklumat mengenai pengkalan data setiap orang. Mengambil alih kawalan pesawat, kereta, kren, robot keselamatan dan banyak lagi.

Memanipulasi musuh anda di dalam cara yang berbeza untuk mencetuskan pelbagai peristiwa. Setiap orang, setiap jenis kenderaan boleh dipandu, serta segala jenis peranti yang bersambungan dengan orang boleh dimiliki dan digodam.

Rasailah sendiri kehebatan permainan ini. Selamat mencuba!

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.