Imbasan

[Wii U dan 3DS] SHOVEL KNIGHT

Diolah oleh Along Naz

SHOVEL KNIGHT – Kisah pencarian seorang Kesatria

Mengimbas kembali permainan yang telah lama berada di pasaran membuatkan kita terkenangkan  evolusi permainan yang ada sekarang.

Permainan ini mendapat rating yang tinggi pada satu ketika dahulu pada tahun 2014.

Shovel Knight adalah sebuah permainan pengembaraan aksi klasik dengan menampilkan gameplay yang ‘ohsem’ dengan karektor- karektor yang tidak dapat dilupakan.

Dalam permainan ini, anda bermain sebagai Shovel Knight, seorang kesatria kecil dengan sebuah pencarian yang amat besar.

Watak Shovel Knight ini mempunyai dua matlamat yang jelas iaitu ; mengalahkan Enchantress yang jahat dan pada masa yang sama mencari si buah hati yang telah hilang.

Kesatria ini menggunakan senjata serbaguna yang bernama Shovel Blade. Dengan watak seorang yang jujur dan berdikari, Shovel Knight adalah contoh terbaik bagi kod Shovelry; watak yang tiada belas kasihan.

Tetapi, di antara Shovel Knight dan ‘kekasihnya’, wujud watak seorang kesatria lain yang jahat. Musuh- musuh ini dikenali sebagai The Order of No Quarter, telah di hantar bagi menghalang Shovel Knight daripada sampai di Enchantress dan akan terus melakukan tugasan itu dengan apa cara sekalipun.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.