Ura-ura

Witcher 4 akan dikeluarkan. Itu Janji CD Projekt Red

Diolah oleh hang92

Witcher 3: Wild Hunt adalah satu permainan yang sangat hebat bagi kami.

Bagi mereka yang telah menghabiskan permainan Witcher 3: Wild Hunt pasti ada yang masih inginkan sambungannya.

Tahukah anda, Witcher 3: Wild Hunt telah menerima anugerah Permainan Tahunan di Anugerah Permainan Video 2015. Pembikin permainan ini juga telah memenangi Pembikin Tahunan pada majlis yang sama.

Mujurlah syarikat CD Projekt Red telah mengesahkan bahawa permainan ini tidak akan menjadi pengakhiran kepada siri hebat ini! Ketua Pegawai Eksekutif CD Projekt Red sendiri berkata bahawa Witcher 4 sedang dibikin dan akan datang tidak lama lagi.

“Masih terlalu awal untuk membincangkan perkara ini, tetapi ia tidak bermakna yang kami telah lupa tentang permainan ini,” katanya di stesen TV Poland TVN24 BIS.

Tarikh keluaran untuk Witcher 4 masih agak samar. Buat masa ini CD Projekt Red masih mengusahakan DLC untuk Witcher  3: Wild Hunt. DLC yang telah dikeluarkan untuk Witcher 3 adalah Heart of Stone dan Blood and Wine. CD Projekt Red berjanji bahawa akan menambah lagi 20 jam permainan baru yang segar.

Arah tuju oleh CD Projekt Red untuk permainan Witcher 4 masih tidak jelas, tetapi kami berani untuk mengatakan bahawa ia akan menjadi salah satu permainan yang hebat!

Apa yang anda fikir tentang kandungan cerita Witcher seterusnya? Kalau ada kawan yang kerja di syarikat tersebut koreklah daripada beliau.

sumber : gamergreed

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.