Berita

‘Wolfenstein’ Kembali Dengan ‘The New Colossus’ Pada 27 Oktober Ini

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Wolfenstein II: The New Colossus, sekuel yang dinanti-nantikan untuk The New Order dan The Old Blood telah dipertontonkan sedikit pada permulaan sidang akhbar E3 Bethesda tahun lepas.

Akhirnya di E3 tahun ini permainan ini diumumkan. Bethesda melancarkan kemasukan terbaru ini sebagai sebahagian daripada pameran E3 2017 mereka. Permainan ini akan berkisarkan Blazkowiz dan misi berterusan beliau untuk mengalahkan Nazi dalam garis masa yang lain.

Menurut penerbit, yang mendedahkan beberapa maklumat tambahan mengenai Wolfenstein 2: The New Colossus, pemain  akan mengembara ke serata Amerika Syarikat. Walaupun tidak disangkal lagi pemain akan berhadapan dengan lebih banyak kejutan sepanjang perjalanan.

Bethesda setakat ini telah mengesahkan bahawa pemain akan dapat melihat Roswell, New Mexico di bawah pengaruh Nazi, dan New Orleans yang dilanda banjir dan “pasca-nuklear” di Manhattan.

Anda yang menikmati Wolfenstein: The New Order pasti akan tertunggu-tunggu apakah lagi berita-berita terbaru yang penerbit akan kongsikan pada bulan-bulan akan datang sebelum pengeluaran permainan ini.

Wolfenstein 2: The New Colossus akan berada di pasaran pada 27 Oktober 2017, untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Sumber : gamerant

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.