Berita

Wonder Boy The Dragon’s Trap : Remake dari konsol Sega Master System

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Penerbit DotEmu dan pembangun Lizardcube telah mengeluarkan trailer pelancaran untuk Wonder Boy: The Dragon’s Trap.

Permainan ini sudah dilancarkan pada hari ini di PS4, Xbox One, dan Nintendo Switch, dan PC untuk beberapa minggu lagi.

Bagi anda yang tidak tahu: Wonder Boy: The Dragon’s Trap adalah remake untuk permainan Sega Master System Wonder Boy III: The Dragon’s Trap. Berikut ialah gambaran keseluruhan rasmi permainan melalui DotEmu:

  • Sebuah dunia dalam permainan yang besar dan luas.
  • 6 watak dan kebolehan yang berbeza boleh dipilih
  • Pelbagai jenis naga. A Zombie Dragon! A Mummy Dragon! A Samurai Dragon!
  • Lukisan tangan animasi grafik yang cantik.
  • Bermain dengan menggunakan watak klasik, Hu-Man, atau watak baru yang diperkenalkan, Hu-Girl.
  • Boleh menukar permainan dari grafik moden dan bunyi kepada grafik 8-bit / audio pada bila-bila – walaupun semasa permainan!
  • Tiga tahap kesukaran untuk semua jenis pemain.

Bagi anda yang gemarkan permainan klasik dan retro, permainan ini berbaloi untuk di cuba kerana ciri penukaran ke grafik 8-bit dan audio 8-bit yang ditawarkan dalam permainan.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.