Berita

WORLD OF GOO : Diperkenalkan Semula Untuk Nintendo Switch

Diolah oleh Along Naz

Hampir sedekad lamanya selepas dilancarkan, World of Goo masih kekal di ingatan anda sebagai permainan puzzle terbaik  dikalangannya.

Berjuta- juta bola Goo wujud di dalam dunia Goo ini yang ingin meneroka tetapi mereka tidak tahu bahawa mereka sebenarnya dimainkan dalam permainan tersebut, lebih menarik mereka sendiri tidak tahu yang mereka ini sangat ‘sedap’ untuk dimakan.

Di setiap peringkat permainan ini mempunyai kelainan dan misteri yang tersendiri.

Image result for WORLD OF GOO gif

Disepanjang permainan ini anda akan temui spesis baru bola Goo yang setiap daripadanya mempunyai kebolehan yang tersendiri. Hayati juga kisah cinta dan konspirasi disepanjang permainan.

The Sign Painter merupakan watak yang akan sentiasa melihat pergerakan anda di dalam permainan ini.

Tarikh pelancaran: 16 Mac 2017

Genre: Puzzle

Developer: Tomorrow Coorperation

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.