Berita

WWE 2K18: Akan Datang Bergusti Dengan Anda Pada 17 Oktober Ini

Diolah oleh hang92

Setelah kita menunggu dengan lama, akhirnya pengumuman tentang permainan gusti WWE 2K18 akhirnya telah diumumkan dengan beberapa butiran penting seperti tarikh keluaran dan bintang utama yang menghiasi permainan ini.

Ternyata spekulasi sebelum ini terbukti benar bahawa juara WWE World Heavyweight sebanyak dua kali iaitu Seth Rollins akan berada di kotak permainan ini.

Permainan gusti WWE 2K18 ini akan boleh mula didapati pada platform Xbox One dan PS4 pada 17 Oktober. Tidak ada pengumuman tentang tarikh pelancaran pada platform PC, tetapi ianya akan tiba pada masa hadapan.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.