Berita

WWE 2K18 : Akan Hadir Pada Musim Luruh Ini

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

WWE 2K18 akan dilancarkan sekitar bulan September ke November tahun ini, 2K Sports telah mengesahkan perkara ini di Twitter.

Salah satu daripada dua permainan yang dibangunkan Take Two Interactive akan hadir ke pasaran untuk tahun ini, berikutan pengumuman penangguhan Red Dead Redemption 2 ke tahun hadapan.

Tiada maklumat lain tentang permainan ini yang diketahui sehingga kini. Apa yang boleh dijangkakan adalah permainan ini akan menerima penambahbaikan dari permainan tahun lepas.

Platform yang akan menyokong permainan ini juga masih belum diketahui – permainan tahun lepas telah hadir ke PS3, PS4, Xbox 360, dan Xbox One.

Permainan ini sudah pasti akan hadir ke PS4 dan Xbox One, tetapi ada kemungkinan ia juga akan hadir ke Nintendo Switch. Memandangkan tajuk di bawah naungan yang sama, NBA 2K18 akan dilancarkan ke Nintendo Switch pada September tahun ini.

Sumber : gamingbolt

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

NBA 2K18 : Bagi Peminat Bola Keranjang

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.