Berita

WWE 2K18 Akan Menampilkan Seth Rollins Sebagai Bintang Muka Hadapan

Diolah oleh hang92

Penerbit 2K dan WWE hari ini telah mendedahkan bahawa mereka akan mengambil Seth Rollins sebagai bintang muka hadapan untuk WWE 2K18. WWE 2K18 akan dikeluarkan pada 17 Oktober untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Hal ini kami lihat adalah sebagai pemilihan generasi baru untuk francais permainan gusti terkenal ini. Seth Rollins sebenarnya mewakili generasi terbaru di dalam arena gusti WWE.

Image result for seth rollin

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini pemilihan bintang untuk menghiasi muka hadapan permainan adalah seperti Stone Cold Steve Austin, John Cena, The Rock, dan Brock Lesnar. Mereka semua ini adalah ahli gusti yang mempunyai sejarah panjang dengan syarikat gusti terbesar iaitu WWE dan mereka telah memulakan kerjaya mereka dengan WWE pada tahun 90-an atau awal 2000-an.

Tetapi untuk pemilihan kali ini, Seth Rollins dianggap masih lagi baru kerana penampilan kali pertama dia di dalam WWE adalah pada tahun 2010. Sejak daripada itu, dia telah menjadi pemegang kejuaraan WWE World Heavyweight Champion sebanyak dua kali.

“Ia adalah penghormatan yang luar biasa kepada saya dan misi saya adalah untuk memastikan permainan ini tidak menjadi seperti permainan lain” kata Seth Rollins berbahasa Malaysia.

“Saya dengan bangga mengikut jejak langkah bintang WWE 2K lain seperti Dwayne” The Rock “Johnson, John Cena, Stone Cold Steve Austin, dan Brock Lesnar – dan kini saya membawa sinar baru dan dengan bangganya mewakili generasi baru WWE Superstars. Saya adalah masa depan, dan masa akan datang yang tidak boleh dihentikan. ” katanya dengan nada bongkak.

sumber: venturebeat

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.