Berita

WWE 2K18: Dapatkan Edisi Pengumpul John Cena Ini Dengan Harga RM642

Diolah oleh hang92

2K secara rasminya telah mengumumkan Edisi Pengumpul, Collector’s Edition permainan gusti terkenal “WWE 2K18” yang telah diberi nama Cena (Nuff) Edition di mana edisi ini akan memperkenalkan Juara Royal Rumble 2017, John Cena. Koleksi pengumpul terhad ini juga mempunyai tandatangan John Cena.

Edisi ini sedia untuk dipra-tempah untuk konsol seperti PS4 dan Xbox One. Laman web jual beli terkenal iaitu Amazon telah meletakkan harga bagi Edisi Pengumpul iaitu sebanyak $149.99 (~ RM642). Tetapi ini sangat berbaloi kerana anda akan mendapat bonus DLC dan watak-watak lain.

Apa yang ada di dalam Edisi Pengumpul ini?

The Cena (Nuff) Edition akan mempunyai kesemua DLC semasa dan akan datang. Watak John Cena boleh dimainkan pada dua perlawanan iaitu ECW One Night Stand dan 2010 Wrestlemania 26.

Selain John Cena, Batista dan Rob Van Dam juga antara legenda yang boleh dimainkan. Jangan risau, di dalam Edisi Pengumpul ini, watak Kurt Angle juga boleh dimiliki.

Selain daripada watak-watak pemain gusti, anda juga akan mendapatkan patung permainan John Cena yang dibuat oleh Mattel, termasuk gambar yang ditandatangan oleh John Cena sendiri.

Tarikh Pelancaran

Untuk edisi biasa, permainan ini boleh didapatkan samada secara digital atau fizikal bermula pada 17 Oktober ini. Jika anda membuat pra tempahan, anda akan mendapatkan Kurt Angle sebagai watak bonus.

Untuk Edisi Mewah pula, anda boleh bermain permainan ini seawal 4 hari sebelum permainan ini dilancarkan. Hal ini bermaksud, anda boleh bermain permainan ini bermula pada 13 Oktober.

Penambahbaikan dan ciri-ciri baru WWE 2K18

Pada permainan terbaru ini, anda akan dapat melihat beberapa penambahbaikan dan juga pengenalan kepada ciri-ciri baru. Anda akan dapat bermain dengan mod 8 orang, mod-mod baru lain dan juga cerita di dalam permainan MyCareer.

2K ada menyatakan grafik permainan kali ini adalah yang paling dekat sekali dengan wajah penggusti di dunia sebenar. Selain itu, mereka juga berkata bahawa permainan ini akan menyenaraikan paling ramai penggusti di dalam sejarah permainan video gusti.

“WWE 2K18” akan dilancarkan untuk Xbox One dan PS4 pada 17 Oktober. Permainan ini akan kembali semula pada Nintendo Switch selepas 5 tahun. Tarikh pelancaran untuk Nintendo Switch masih lagi belum diketahui. Kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

sumber: blastingnews 

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan:

WWE 2K18: Sah Akan Tiba Untuk Nintendo Switch

WWE 2K18: Saksikan Kurt Angle Dalam Treler Rasmi Sebagai Bonus Pra Tempahan

WWE Tap Mania: Percuma Untuk iOS & Android

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.