Berita

WWE 2K18: Maklumat Tertiris Menyatakan Bahawa Turut Dilancarkan Untuk Nintendo Switch

Diolah oleh hang92

Konsol Nintendo dan permainan gusti sebenarnya telah mempunyai sejarah yang tersendiri. Permainan gusti ini kali terakhir muncul pada Nintendo melalui permainan WWE 13 yang boleh dimainkan di Wii. Namun, malangnya legasi gusti ini tidak dapat diteruskan pada Wii U kerana sebab yang tidak diketahui.

Nampaknya ada berita gembira untuk anda kali ini, bagi pemilik Nintendo Switch di Malaysia anda bertuah kerana versi WWE 2K18 kali ini akan dilancarkan untuk Switch. Ada pengunjung laman web forum terkenal Reddit telah berkongsi gambar bahawa peruncit Austria Libro telah memaparkan harga runcit permainan WWE 2K18 untuk Nintendo Switch.

Menurut pendapat pemain di Austria, Libro merupakan peruncit yang dikenali di Austria, dan tidak mungkin mereka akan menyenaraikan sesuatu tanpa bukti yang kukuh.

WWGwwe2kswitch

Seperti yang dikata sebentar tadi, jika WWE 2K18 akan dilancarkan untuk Nintendo Switch, maka ianya akan menjadi kemunculan semula tradisi terdahulu.

Permainan WWE 2K17 kini boleh didapati untuk PC, Xbox 360, Xbox One, PS3, dan PS4.

sumber: comicbook

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia