Berita

WWE 2K18 Menambah Watak Kolonel Sanders KFC Ke Dalam Permainan

colonel-sanders
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Sekitar beberapa minggu lalu, WWE 2K18 telah mendedahkan akan menambah ikon tag-team The Hardy Boyz sebagai DLC bersama dengan Beth Phoenix, dan The Rock’ n ‘Roll Express.

Kini, penerbit telah memutuskan untuk memasukkan satu ikon yang sama sekali berbeza ke dalam permainan iaitu pengasas Kentucky Fried Chicken, Kolonel Sanders ke dalam permainan.

colonel-sanders

Bagi anda yang tertanya-tanya bagaimana anda boleh mendapat akses untuk menggunakan Kolonel sebagai watak yang boleh dimainkan di WWE 2K18.

Anda boleh melakukannya dengan melalui mod Create-a-Superstar yang akan datang. Juga diumumkan bahawa mereka yang membuat tempahan permainan akan menerima dua versi berbeza watak Kurt Angle.

WWE 2K18 akan hadir ke pasaran pada 17 Oktober 2017 untuk PC, PlayStation 4, dan Xbox One, dengan versi Nintendo Switch akan hadir beberapa bulan selepas itu.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

WWE 2K18: Rakaman Dalam Permainan Diperlihatkan Dalam Treler Terbaru

WWE 2K18: Dapatkan Edisi Pengumpul John Cena Ini Dengan Harga RM642

WWE Tap Mania: Percuma Untuk iOS & Android

WWE 2K18: Saksikan Kurt Angle Dalam Treler Rasmi Sebagai Bonus Pra Tempahan

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.